Sunday, 12 April 2015

Orang vietnam survive dengan EMAS...Part 2

Rupa Bentuk Emas orang Vietnam Simpan
  • TABIAT zaman berzaman orang Vietnam yang suka menyorokkan emas di rumah daripada menyimpan wang di bank dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh kerajaan negara itu. Semuanya gara-gara harga emas yang terus melambung tinggi. 
  • Harga emas domestik di Vietnam pula meningkat 18 peratus jauh lebih tinggi daripada harga pasaran emas dunia yang menyaksikan kenaikan 11 peratus 
  • Tindakan penduduk yang ‘menyerbu’ kedai emas membuka mata kerajaan Vietnam apabila mereka berhadapan dengan kadar inflasi sebanyak 18 peratus dan ketidakstabilan mata wang tempatan
  • Kebanyakan penduduk Vietnam lebih suka melihat simpanan mereka dalam bentuk emas. Malah kadar faedah sebanyak 14 peratus yang ditawarkan oleh pihak bank kepada penduduk yang menyimpan dong tidak mampu menarik perhatian mereka apatah lagi ia jauh lebih rendah daripada kos sara hidup yang meningkat 18.6 peratus tahun lalu.www.harimaumintgold.my

Orang vietnam survive dengan EMAS...Part 1

  • Ketika perang Vietnam sekitar tahun 1970an, beribu-ribu rakyat Vietnam telah melarikan diri akibat daripada peperangan teruk yang melanda negara mereka. 
  • Mereka telah meninggalkan kampung halaman mereka dengan menjual seluruh harta benda mereka, rumah, tanah, kebun dan ternakan mereka. Kesemuanya telah ditukarkan kepada bentuk emas. 
  • Mereka sedar bahawa, emas diterima di seluruh dunia sebagai gantian wang. Bukan seperti wang kertas matawang Vietnam. Sudah tentunya bukan semua orang di negara lain ketika itu akan menerima wang kertas mereka. 
  • Dengan menyimpan emas, pelarian Vietnam ini boleh memulakan hidup baru mereka dengan mudah di negara-negara persinggahan mereka.

Wednesday, 8 April 2015

Emas tidak boleh dimanipulasikan.

Emas tidak boleh dimanipulasikan oleh mana-mana kerajaan. Emas perlu dicari, dilombong,
ditulenkan dan dibentuk. Ianya proses yang sukar dan memakan masa dan tenaga. Justeru itu
kuantiti emas tidak boleh bertambah dengan sewenang-wenangnya oleh mana-mana individu,
kerajaan dan negara.

Ini berbeza sekali dengan wang fiat (fiat merujuk kepada wang yang tidak bersandarkan benda
berharga seperti emas dan perak). Wang fiat boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah yang
tidak bertanggungjawab. Apabila jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilai wang kertas akan
merosot.

Apabila nilai wang kertas merosot terlalu banyak, ia akan mengakibatkan hyperinflasi dan
akhirnya wang kertas tersebut akan terus ditolak terus oleh rakyat.
Penggunaan wang fiat membolehkan kerajaan menguasai kekayaan negara dan
memanipulasikan kekayaan negara. Ini kerana kerajaan boleh menggunakan akta-akta bagi
mengiktiraf kertas/syiling sebagai wang yang sah. Kerajaan juga boleh menarik balik
pengiktirafan tersebut sehingga menyebabkan wang tersebut tidak diterima sebagai wang yang
sah.

Emas pula sentiasa bernilai. Tidak ada kerajaan yang boleh mencetak emas.